Monday, December 13, 2010

Thursday, November 4, 2010

Fakulti Minda I | 2010

Tunggu Sebentar | Foto yang bermonolog

Tunggu Sebentar, aku tau dirimu tengah mengejar sesuatu. 
Kononnya bagi dirimu "Masa itu emas.... masa itu punca rezeki mu..."



Sudah, itu cuma alasan.
Usah digusar dengan apa yang  dikejar. Sesungguhnya Rezeki itu dimana-mana..



Rahmat Allah itu sesungguhnya turun tidak mengira waktu, asalkan dirimu sentiasa ingat padaNya.
Rahmatnya turun seumpama Hujan Panas, tanpa diselangi taufan.

 


Wajarlah bagi dirimu mengingati kebesaranNya.  Tidak indah alam tanpa kehendak Nya.



Meskipun ada pelbagai cara bagi dirimu untuk mengimpikan keindahan Alam.
Dengan manipulasi, imaginasikan  Fantasi Warna Alam...
Namun, itu adalah keindahan yang palsu,



Wahai dirimu yang mengejar masa, sesungguhnya masa yang engkau ada bukan mutlak buat dirimu,
Ianya semata-mata untuk Generasi Penerus Warisan...
Generasi yang masih lagi hitam putih dunianya..
Menunggu masa untuk diwarnai...
Untuk itu, hidup lah sewajarnya untuk generasi yang lebih baik...




Tuesday, November 2, 2010

Sunday, October 17, 2010

Wednesday, October 6, 2010

Majlis Persandingan Elainie & Md Rodzi

Tempat: Kompleks Dewan Penyayang, Pulau Pinang
Tarikh: 1 & 2 Oktober, 2010 bersamaan dengan 22 & 23 Syawal 1431 Hijrah
Jurukamera: Faizull Sujong & Arzlie Amir
Blog: http://www.shutterartgallery.blogspot.com/
Tel: 019-3812215




















Thursday, September 23, 2010

Pulau Pinang | Bandar Warisan (Bahagian 1)



Lokasi: Tempat yang menjadi tarikan utama di Pulau Pinang
Tarikh: Sekitar 24 hingga 26 September 2010


Pulau Pinang - Foto dirakam dgn Nikon D90, diberi sedikit sentuhan CS4.  Walaupun tak sehebat karya-karya orang lama dalam bidang ini, tapi ini merupakan salah satu langkah penting untuk aku mengasah bakat dalam bidang fotografi.  Aku masih lagi perlukan tunjuk ajar para "profesional" di luar sana.

Apa kata kita imbas kembali serba sedikit tentang sejarah Pulau Pinang.  Bercerita tentang Pulau Pinang; tanah milik Kerajaan Kedah (Sultan Muhammad Jiwa) pada permulaannya, telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur British pada tahun 1786 sebagai tukar ganti dengan perlindungan pihak British ke atas Kerajaan Kedah daripada serangan Kerajaan Siam pada masa itu. 

Apabila Francis Light mengambil alih Pulau ini, dia telah menamakan Pulau ini sebagai Pulau Prince Of Wales (Raja Muda England) pada tarikh 11 Ogos 1786.  Dan penempatan di Daerah Tanjung Penaigre telah dinamakan sebagai Georgetown, sempena nama Raja George III  dari Britain.  Dengan itu, melekatlah nama Georgetown sehingga sekarang.  Selalunya orang tempatan akan memanggil nama Georgetown sebagai Tanjung, sebab sebelum nama Georgetown, tempat ini adalah kawasan penempatan Tanjung Penaigre. 

Pada tahun 1826, Pulau Pinang telah digabungkan dengan Melaka & Singapura dan terbentuklah negeri-negeri Selat yang merupakan jaringan pelabuhan-pelabuhan penting di kawasan Asia Tenggara.

Francis Light - seorang pelayar berpangkat Kapten, adakah dia yang mengasas Pulau Pinang? Atau dia merampasnya dari Sultan Muhammad Jiwa?  Secara teknikalnya, dia adalah perampas disebabkan kegagalan Syarikat Hindia Timur Inggeris memberi perlindungan dari serangan Siam seperti yang telah dijanjikan.  Jadi, Sultan Muhammad Jiwa telah cuba merampas kembali Pulau Pinang daripada Francis Light, tetapi gagal.  Dengan itu, secara rasminya Pulau Pinang telah jatuh ke tangan Inggeris.

Semasa buat "shot" gambar-gambar ini, aku cuba bayangkan macam manakah keadaan Pulau ini ketika zaman pemerintahan Sultan Muhamad Jiwa. 

Mungkin dalam "post-post" aku yang akan datang, aku akan "up-load" lebih banyak foto-foto yang lebih menarik berkenaan dengan Pulau Mutiara ini.  Insyaallah aku akan "up-load".

Salam...





Masjid Terapung yang terletak di Batu Ferringhi Pulau Pinang merupakan salah satu tarikan utama.

Teknik editing: Photomatix (HDR | Tone Mapping) yang diberi sentuhan CS4.



























Wednesday, September 22, 2010

Portrait-Portrait Warisan

Pandang wajah anak-anak kita tatkala mereka tengah tidur.  Apa yang akan kita perhatikan hanya kita saja yang mengetahuinya. Tidak perlu diberitahu kepada orang ramai tentang apa yang kita rasakan tatkala kita merenung wajah mereka.

Percayalah, lakukan yang terbaik untuk menjadi ibu & ayah yang terbaik buat anak-anak kita. Ini lah saja warisan yang bernilai buat penyambung tradisi.  Tiada harta atau wang ringgit yang boleh menukar gantikan mereka. 

Nilai budaya yang macam manakah kita inginkan untuk mereka? Jawabannya ada pada kita sendiri.