Sunday, July 31, 2011

Contoh Custom Album & Produk-produk dalam Pakej ShutterArtPhotography

      Ramai yang bertanya kepada saya apakah itu "custom album" dan bagaimanakah rupanya "custom album"?  Atas permintaan, "post" saya kali ini akan cuba menjawab persoalan2 tersebut dgn caranya yg tersendiri.  Saya tidak mampu utk menghuraikan dgn perkataan dan menjawab segala persoalan sebahagian besar drpd org2 yg bertanya hanya dgn bercerita melalui telefon.  Jadi, harapan saya adalah foto2 dlm post saya kali ini boleh memberi gambaran bagaimanakah rupanya "custom album" dan membantu anda membuat pilihan.

1. Custom Album ("Cover Album" - Kayu) - Gambar dicetak diatasnya.
2. Custom Album ("Cover Album" - Kulit)
3. DVD Cover - sarung DVD utk softcopy semua foto semasa "event". 
 4. Beg Kulit utk letak "Custom Album atau Sticky Album"


 Foto diatas: Contoh custom album yg berukuran 8x12 inci.



Foto Diatas: Contoh Custom Album yang mana "Cover Belakang" nya dibalut dengan kemasan kulit yg bercorak. 

Foto Dibawah: Poster Frame - foto yg dilekatkan pada frame kayu.  Permukaan dilindungi dgn lapisan "Laminating" utk melindungi foto drpd lembapan. Poster frame yg ditunjukkan pada foto dibawah berukuran 10x15 inci.  Tempahan untuk poster frame yg lebih besar juga boleh dilakukan. Anda juga boleh memiliki satu foto frame eksklusif yang berukuran 16x24 inci & 24x36 inci dgn harga yg berpatutan. 

Semoga "post ringkas" saya kali ini mampu memberi gambaran yg lebih jelas kpd pasangan2 yg ingin mencetak detik2 berharga mereka nanti. 

Bak kata pepatah Inggeris " Time Fade, Memories Lies".

Tidak kira semahal atau semurah mana pelamin, meja pengantin, baju pengantin atau semeriah mana majlis perkahwinan kita nanti, hanya ada satu saja yg mampu membantu kita utk mengingati semua itu: iaitu "kenangan yg dicetak".  Setiap detik yg berlalu pasti dikenang.







































Wednesday, July 20, 2011

Pulau Pinang | Bandar Warisan (Bahagian 2)

Bahagian 2 (Sambungan dari Bahagian1)

Lokasi: Lebuh Pantai, Georgetown, Pulau Pinang
Tarikh: 17 July 2011
Bermain dengan slow shutter

Exif data utk foto2 dibawah..
ISO 100, f22, focal lenght-11mm,shutter speed - 40sec ~56sec
Sudah pasti kena ada shutter release ya....

Selamat berkunjung ke tempat ini.. cheers





Apa Saja Yang Aku Rasakan Menarik

Apa saja yang aku rasa menarik...
Dimana2 saja dan pada bila2 masa... maupun dirancang atau tanpa dirancang.

Nak cerita sikit tentang tajuk ni.  Bagi aku, fotografi adalah salah satu kaedah untuk menilai sejauh mana persamaan dan perbezaan persepsi kita dengan org lain tentang satu perkara.  Apa saja yg kita lihat, tidak semesti org lain melihatnya dan apa saja yg org lain lihat, belum tentu kita melihatnya.

Secara teoritikal, fotografi itu seni tapi praktikalnya ianya adalah sains.  Kedua2 sains & seni didalam fotografi tidak boleh dipisahkan.  Sama ada secara sedar atau tidak, kita mempelajari kedua-duanya dalam satu modul yg sama.  Sains dalam fotografi adalah tunjang manakala seninya adala falsafah.  Praktikalnya begitu objektif walhal falsafah fotografi itu sendiri yg akan menjadikanya penuh subjektif dan penuh gaya variasi.

Aku suka mengaitkan fotografi dengan kata2 ini: " Fotografi itu adalah berkenaan dengan persepsi dan cara kita serta org lain melihat dan menilai sesuatu. Jika sama kita raikan, meskipun berbeza kita harus hormati."

Sedikit coretan penuh semberono dari aku. Tunjuk ajar atas salah dan silap amat diperlukan dan pasti akan dihargai.

___________________________________________________________________________________ 


Pic 1-3: Baru selesai acara "Team Building Philips Lumileds Lighting".
Tarikh: 19 July 2011
Tugas aku.. shoot..shoot..shoot..
Ditambah tokok dgn beberapa manipulasi yg ringkas. 
Guna lightroom & CS5.  Editing yang tak seberapa, saja nak bermain dgn software.
Old timer diluar sana sudah pasti tahu disebalik pembikinan foto2 dibawah.





Monday, July 11, 2011

Lakaran Portret | Zuehairah

Zuehairah Omar
Lokasi: Tasik Bandar Darul Aman | Jitra Kedah
Facebook: Zuehairah Omar... (dia ni pun ada bakat jd jurufoto jugak)

Jurufoto: Mohd Saad, Mohd Affandi, Khairol Hadi & Faizull Sujong (a.k.a shutterartphotography)

Sigma 70-200mm f2.8


Lakaran Portrait | Wawa

Talent: CT Nasuha (Wawa)
Lokasi: Tasik Bandar Darul Aman | Jitra Kedah
Facebook: CT Nasuha

Jurufoto: Mohd Saad, Mohd Affandi, Khairol Hadi, Zulfadhli, Faizull Sujong (a.k.a shutterartphotography)

Sigma 70-200mm f2.8 Vs Nikon 70-200mm f2.8 VR1

Foto 1 - tanpa flash
"Fill-in flash" yg agak over expose pada pandangan aku (foto 2, 3 & 4).






Arafat & Farah Amila | Seberang Perai Penang

Majlis Perkahwinan Arafat & Farah Amila
Tarikh: 14 Mei, 28 Mei & 5 Jun 2011.


Antara sesi "photoshoot" yg paling menarik.  Sungguhpun penat, namun hasilnya cukup memuaskan hati meskipun ianya tidak setanding lagi dgn hasil kerja "para senior" di luar sana.  Komen & tunjuk ajar sudah pasti sentiasa dialu-alukan.

Jutaan terima kasih yg tidak terhingga kpd pasangan pengantin (Arafat & Farah), atas kerjasama yg cemerlang dari anda berdua.  

P/S: Foto dibawah tidak disusun mengikut aturan tarikh dan masa...















Cuba bermain dgn photoshop...