Tuesday, August 24, 2010

Melaka 2010

Tempat: Bandar Melaka
Tarikh: Mei 2010
Jurufoto: Faizull
Blog: http://www.shutterartgallery.blogspot.com/

Melaka, penuh dengan sejarah yang membentuk nila-nilai yang ada pada masa kini.  Kita hidup di dalam nilai-nilai itu; sama ada kita suka atau tidak, kita tetap hidup di dalamnya.

Apa ada pada Melaka? Ya, terlalu banyak dan begitu rumit untuk dikira. Yang ada padanya adalah sebuah warisan masyarakat yang mana nenek moyang mereka menjadi sebahagian pemain-pemain penting dalam pembentukkan sejarah nusantara secara umumnya atau sejarah Malaysia secara khususnya. 

Pembukaan Negeri Melaka pada tahun 1400 masehi oleh Parameswara memberi impak penting kepada peradapan dan nila-nilai hidup di Nusantara; sehinggalah ke zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah.  Masa terus berlalu dan sejarah terus terukir, pada kurun ke-15 bermulalah dasar perluasan empayar negara-negara Eropah dan pada ketika itu dasar-dasar tersebut telah membawa Portugis ke Melaka dan kejatuhan Melaka pada tahun 1511 merupakan detik terpenting yang perlu kita ingat dimana pada ketika inilah bermulanya asas-asas pemodenan masyarakat Melayu berbentukkan acuan Eropah.

Cuba kita renungkan kembali cara hidup kita pada masa kini jika tidak berlakunya pendudukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511.  Jika diundurkan masa dan diubahkan sejarah, nescaya kita akan melihat situasi yang amat berbeza pada masa kini. 



Sunday, August 15, 2010

Warisan Wanita Melayu

Tema: Warisan Wanita Melayu
Talent: Fadhlina
Lokasi: Kuala Muda Kedah & Lakeview Garden, Pulau Pinang
Tarikh: 1 Ogos 2010

Shot bersama Matlan a.k.a Mazlan Yusof (http://www.lensa-cinta.blogspot.com/). 

Antara shot talent/portraiture terawal aku.  Banyak kelemahan yg masih perlu diperbaiki.  Satu bidang yg asing bg aku tetapi sebenarnya aku sudah diajar asasnya secara tidak langsung semasa kat universiti dulu.  

Bakat?  Ermm..aku pun tak tau sama ada aku berbakat ke tak dlm fotografi ni.  Soalan sukar utk aku jawab, yg ada jawapannya adalah org yg menilai foto tersebut.  Sama ada aku berbakat ke tak, bergantung kpd penilai foto2 yg aku shot, sama ada boleh menggapai sudut emosi penonton foto ni ataupun tak.   
































Saturday, August 14, 2010

Apabila Mentari Terbenam | Foto oleh Faizull

Gambar yg dirakam semasa bercuti ke Melaka pada May 2010. Pantai Kelebang, Melaka. Tempat yg agak cantik jika diurus dgn betul.






Sunset Pantai Malindo, Balik Pulau, Pulau Pinang.  Gambar dirakam pada 1hb Ogos 2010.  Agak susah nak jumpa tempat ni kalau tak bertanya dgn penduduk kampung berhampiran.  Satu pemandangan yg mengkagumkan.  Pantai ni tak lah berapa cantik.  Agak berlumpur, maklum lah tempat berlabuh bot2 nelayan.  Tapi, yg paling mengkagumkan ialah apabila matahari mula terbenam, kita akan nampak dgn jelas susuk ciptaan Allah ni menghilang dibalik kaki langit.



Pantai Malindo | Tanpa Subjeck | Perambatan Spektrum | 1hb Ogos 2010.  Foto ini dirakam sejurus selepas Matahari terbenam.