Tuesday, August 24, 2010

Melaka 2010

Tempat: Bandar Melaka
Tarikh: Mei 2010
Jurufoto: Faizull
Blog: http://www.shutterartgallery.blogspot.com/

Melaka, penuh dengan sejarah yang membentuk nila-nilai yang ada pada masa kini.  Kita hidup di dalam nilai-nilai itu; sama ada kita suka atau tidak, kita tetap hidup di dalamnya.

Apa ada pada Melaka? Ya, terlalu banyak dan begitu rumit untuk dikira. Yang ada padanya adalah sebuah warisan masyarakat yang mana nenek moyang mereka menjadi sebahagian pemain-pemain penting dalam pembentukkan sejarah nusantara secara umumnya atau sejarah Malaysia secara khususnya. 

Pembukaan Negeri Melaka pada tahun 1400 masehi oleh Parameswara memberi impak penting kepada peradapan dan nila-nilai hidup di Nusantara; sehinggalah ke zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah.  Masa terus berlalu dan sejarah terus terukir, pada kurun ke-15 bermulalah dasar perluasan empayar negara-negara Eropah dan pada ketika itu dasar-dasar tersebut telah membawa Portugis ke Melaka dan kejatuhan Melaka pada tahun 1511 merupakan detik terpenting yang perlu kita ingat dimana pada ketika inilah bermulanya asas-asas pemodenan masyarakat Melayu berbentukkan acuan Eropah.

Cuba kita renungkan kembali cara hidup kita pada masa kini jika tidak berlakunya pendudukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511.  Jika diundurkan masa dan diubahkan sejarah, nescaya kita akan melihat situasi yang amat berbeza pada masa kini. 



No comments:

Post a Comment