Tuesday, August 23, 2011

Fakulti Minda II | Bahagian III

Salam Ramadhan,

Entry aku kali ni..masih mengekalkan tajuk Fakulti Minda, tp bahagian yg ke-3. 

Ada apa pada Fakulti Minda? Jawapannya tiada apa. Sekadar perkongsian perspektif dari aku utk korang semua.

Kenapa memilih Fakulti Minda? Aku rasa, perkataan minda itu lebih sesuai berpasangan dengan Fakulti.  Bertepatan dgn perkataan Fakulti itu sendiri yg merupakan institusi berfikir dan minda itu sendiri adalah asasnya.

Foto2 dibawah ni aku capture pada masa dan tempat yg berlainan; sama ada dirancang ataupun tanpa dirancang. Exif data? Ermm.. aku rasa permainan aku sama je; sentiasa letakkan apeture melebih f13 atau f15 bergantung dgn cahaya.  Seronok bermain dgn slow shutter - ~15 sec keatas utk kebanyakan foto dibawah ni.  ISO sentiasa yg paling minimum.

Aku tak lah pandai sangat, ini saja yg aku boleh kongsi dgn korang.  Nak tulis panjang2 pun tak reti sebab aku bukan blogger, nak kata photog pun tak tau pada tahap yg mana.  Jadilah aku penulis picisan yg ntah apa ntah.  Mcm mana sekalipun, aku bangga share dgn korang berkenaan dgn perspektif aku ni.

Bak kata pepatah, yg sama itu kita raikan, yg berbeza itu kita hormati (ada ke pepatah mcm ni?)
   




















Monday, August 22, 2011

My Lovely Cat

Salam Ramadhan,

Entry kali ni, aku nak cerita sikit pasal Kucing kesayangan aku.  Seronok melayan kerenah dia ni.  Aku namakannya Miki, sempena nama kucing aku yg dah mati 2 tahun yg lepas. 

Alkisahnya, si Miki ni aku jumpa tepi jalan.  Sebelum aku membuat keputusan utk ambik dia sbg binatang angkat, sebenarnya dah 3 kali aku terserempak dgn dia kat area rumah aku.  Selepas kali ke-3, anak aku suruh bawak balik kucing tu.  Masa tu kesian aku tgk anak kucing ni, kurus kering je.  Sampai je ke rumah, wife aku bagi makan dan mandikan dia.  Mula2 nak letak balik kat tempat kami jumpa.  Tapi kesian pulak.  Yelah, kan kecik lagi, tak de mak bapak pulak tu. So, aku kata, duduklah 2 atau 3 hari lagi baru lepaskan dia balik.

Sekarang dah genap 4 bulan si Miki ni duduk dgn kami.  Jadi sayang pulak kat dia.  dah gebu pulak tu.  Mau tak gebunya, makan sodap je hari2....

Anyway, aku rasa semua org tau yg kucing ni binatang kesayangan Rasulullah s.a.w.  Antara salah satu sebab kewujudan kucing ni ialah utk menjadi binatang peliharaan manusia. Agak2 ada tak org yg jadikan kucing ni pembantu rumah..errkk..

Setakat ni, model yg paling degil adalah si Miki ni.  Azabnya nak capture foto dia ni.  Tak reti duduk diam.  Walau mcm mana sekalipun, aku berjaya capture beberapa keping utk dijadikan koleksi aku.  Haha..terima kasih Miki atas kerjasama anda.

Jadi, secara rasminya Miki telah menjadi assitant aku dan pada masa yg sama talent aku..erkk..nak lawan talent2 yg ada diluar sana.  Mana2 photog yg nak dpt kan talent dari spesis yg agak berlainan dari kebiasaan, boleh lah hubungi aku..grrrr...








Sunday, August 14, 2011

Dari Pulau Perhentian Ke Tasik Kenyir | Jun 2011


     Bulan Jun yg lepas, sekali lagi aku dgn family aku ke Terengganu.  Dlm tempoh 6 bulan, aku melakukan "The Return" ke destinasi favourite aku ni.  Aku pun tak brp pasti tarikan apakah yg menyebabkan aku kembali lagi ke Terengganu pada 24 Jun yg lepas.

     Nak tau apa yg menyebabkan aku boleh melencong ke Pulau Perhentian; haaa..cuba tgk foto kat bawah ni.  Aku tak pasti apakah nama bangunan ni.  Tapi, yg pastinya ada daya tarikannya yg tersendiri yg menyebabkan aku berhenti dan ambik beberapa shot sebelum aku terus ambik keputusan utk ke Kuala Besut yg mana akhirnya membawa aku ke Pulau Perhentian.

     Bangunan ni terletak betul-betul kt simpang nak ke Kuala Besut.  Org Terengganu pasti tau nama bangunan ni.
(Foto disebelah) Ini lah bangunan yg menyebabkan aku berhentikan kereta di tepi simpang selepas lampu trafik dan terus melencong ke Kuala Besut, Terengganu.

     Disebabkan kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 11 pagi dari Pulau Pinang, maka wajarlah kami terlepas bot terakhir dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian pada kira2 pukul 6 ptg 

  
Alang-alang dah terlepas bot, kami singgah makan nasi dagang kat Jeti Kuala Besut. Sementara menunggu tibanya esok, kami telah bersiar-siar disekitar Kuala Besut termasuk mengambil kesempatan mengejar "sunset" kat pantainya. 


(Foto sebelah) Seketika sebelum sunset di Pantai Kuala Besut.  Sementara menunggu keesokan hari utk berangkat ke Pulau Perhentian.

     Pulau Perhentian, yg terletak kira-kira 21km dari Kuala Besut atau 10 batu nautika dari pantai dalam Terengganu merupakan daya tarikan penting kpd pelancong2 baik dari dlm negeri mahupun luar negeri.  Terdapat 2 pulau utama di sini iaitu Pulau perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.  Pulau Perhentian Kecil Terletak disebelah barat Pulau Perhentian Besar.
 
      Perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 40 hingga 45 minit dgn menaiki bot laju dari Kuala Besut merupakan satu cabaran yg agak hebat.  Walaupun bercuti semasa musim panas, tp yg pasti kecut perut kena lambung dgn ombak.  Bot tu tak lah besar sgt, kecik je.  Muat lebih kurang 15 org.  Yg paling menariknya, anak aku Fathul bukan main seronok lagi apabila bot tu kena lambung ombak.  Walhal, aku dh kecut perut dah.  Biasalah budak, tak tau lagi bahaya yg mendatang. 
    Kami mengambil keputusan utk menginap di Pulau Perhentian Kecil dan resort pilihan - Senja Bayu Resort.  Aku pun tak pasti berapa bintang yg resort ni ada.  Kalau korang nak tau lebih banyak, korang masuk lah laman web dia;


Biliknya tak de lah mahal sangat.  The best part is, ada chalet yg betul2 berdepan dgn pantai... perrghh..mmg best.
(Foto Atas): Jeti Pulau Kecil (area Senja Bay Resort)
(Foto Bawah): Pemandangan dari arah laut ke salah sebuat chalet berdekatan
  
 (Foto Sebelah): Rumah Api yg tak lah besar sangat. Tapi kalau nk kesini kena naik Teksi Air.  Tambangnya RM5 seorang utk satu hala je.  Kalau ulang-alik RM10 seorang.  Tempat ni nampak jauh dari Senja Bay Resort (pantai), tapi sebenarnya cetek je.  Nampak "coral" kat dasar.  
 (Foto Sebelah): Salah satu pemandangan hampir senja berdekatan dgn chalet kami.   
 (Foto Sebelah): Aku jalan kaki je masa nak ambik shot kat Batu Ni.  Yang bestnya aku jumpa "Clown Fish" - Finding Nemo beb. 
 (Foto Sebelah): Restoran Senja Bayu Resort.  Agak menarik layout nya.  Tp mcm biasalah makanan tempt2 mcm ni memang mahal.  Tapi Pizza  & Italian food dia memang sedap.  Sepanjang 2 hari kami kat sini, makan pizza je lah. 
 (Foto Sebelah): Bangun pagi, sebelum sarapan dapatlah shoot restoran & lobinya.   
(Foto Sebelah): Inilah pemandangan yg aku tgk masa sarapan pagi & makan tengahari.  Makan malam tak nampak lah.
     Aku berada di Kuala Besut selama 1 hari & 2 hari di Pulau Perhentian.  Tiba masa aku nak ke Kenyir pulak.  Sebelum ke Kenyir, aku ke Kuala Terengganu dulu.  Perjalanan lebih kurang 3 jam termasuk terhegeh-hegeh kat jalan.   

   Berangkat dari Kuala Besut kira2 pukul 11 pagi dan kami sampai ke Tasik Kenyir kira-kira pukul 2 ptg.  Masa sebelum check-in kat Lake Kenyir Resort & Spa, kami sempat lagi amik pose bersama pemandangan.  Kalau korang nak tau lebih banyak, korang klik lah link kat bawah ni utk mengetahui lebih banyak berkenaan dgn charge biliknya.  Kalau nak pemandangan yg best, amik bilik depan tasik.


 (Foto Sebelah):  Lobi Lake Kenyir Resort &Spa.
     Kira2 selepas sejam check-in, kami amik pakej lake tour.  Aku pun tak brp ingat brp harganya, lebih kurang dlm RM100 utk 2 org rasanya.  Tapi kena tunggu bot tu penuh baru boleh dapat harga tu.  Nasib baik ada group dari Perancis yg dtg petang tu.  Kalau tak kena bayar full charge utk bot tu kalau nak buat jugak lake tour. lebih kurang RM360 ke RM500 kot kalau tak silap.  Lake tour tu amik kira-kira 2 jam.  Kalau nak tour 4 atau 5 jam, kena bayar lebih lah beb. 
   
Destinasi pertama kami masa lake tour tu ialah Pulau Herba.  Masa kat Pulau Herba tu pendek kata semua cerita pasal herba je. 

Korang boleh lah rasa air tongkat ali & kacip fatimah yg asli; yg baru keluar dari periuk.  Tiada gula maupun kopi.
 (Foto Sebelah): Tongkat Ali yg asli ni. 

   Selesai dgn Pulau herba, kami pergi pulak ke Pulau Saok.  Air terjun dia antara yg paling rendah.  Abg tour guide tu kata, ada lagi air terjun yg 7 tingkat.  Pergh...next trip aku kena pegi kat yg 7 tingkat tu pulak.
 (Foto Sebelah): Air Terjun Saok.  Aku amik guna slow shutter.  Tokina 11-16mm, f2.8, F22, ISO-100 dan shutter speed 20sec kalau tak silap. 
   Tasik Kenyir ni luasnya kira-kira 2600km persegi dan terdapat kira-kira 340 pulau-pulau kecil.  Ianya merupakan pulau buatan manusia yg terbesar yg pernah dibina oleh manusia.  Terletak di hulu Terengganu (Kuala Berang), ianya merupakan salah satu empangan utk penjana tenaga elektrik yg terpenting di Malaysia. 


      Aku tanya kat abg tour guide tu brp lama agaknya masa yg diperlukan utk pusing Tasik kenyir ni.  Dia kata, kalau naik speedboat, boleh cecah 2 hari.  kalau naik bot yg slow speed atau Boat House ni, boleh cecah 5 hari.  Perrghh..menarik.

      Haa..cerita pasal Boat House ni, ada beberapa syarikat Boat House yg menawarkan perkhidmatan penginapan atas bot.  Konsep yg agak menarik, menginap atas bot sambil belayar atas tasik.  Kita akan dibawa ke beberapa destinasi tertentu.  Atas bot lengkap dgn kabin, tandas, bilik air, tempat masak dan karaoke pun ada.  Ada bot-bot tertentu siap ada astro lagi.  Nak perjalanan 2 hari 1 malam pun boleh, 3 hari 2 malam pun boleh.  Harga korang boleh check-it out kat link bawah ni.  Next trip, aku punya target adalah nak naik Boat House ni pulak. 



    Kembali kepada Lake Kenyir Resort & Spa pulak, kalau korang nak tau, bilik penginapannya memang berbaloi dgn harganya.  Aku jamin korang mesti puas hati...haha..bukan nak promote...but it is the fact. 

(Foto Sebelah): Chalet tempat aku menginap - Lake View.
 (Foto Sebelah): Pandangan chalet dari arah tasik.
 (Foto Sebelah): Almari, meja hias & Bilik air dari arah pintu masuk.
 (Foto Sebelah): Keluar ke kanan, maknanya korang keluar dari chalet lah.  Keluar ke kiri, korang masuk tidur lah...





 (Foto Sebelah): Pemandangan waktu pagi dari jeti Seri Gawi.
(Foto Sebelah): Lobi dari pemandangan kolan renang/arah tasik.
 (Foto Sebelah):  Shot ni aku amik kira-kira 40km dari Tasik Kenyir Resort nak ke arah Gua Musang.  Aku menyusur Tasik Kenyir lebih kurang 50km sebelum sampai ke Felda Jajahan Aring dan seterusnya ke Simpang Gua Musang-Kota Baru Kelantan.  Jadi sepanjang jalan aku nampak Tasik Kenyir je lah.  Perjalanan dari Tasik kenyir ke Gua Musang lebih kurang 3 jam kalau tak silap aku.  Tapi jalan ni agak sunyi.  Malam memang confirm aku takkan lalu jalan ni.  Lepas tu aku terus balik ke Penang guna jalan Gua Musang-Cameron Highland-Simpang Pulai. 


Tuesday, August 9, 2011

Generasi Pewaris | Yamin

Lokasi: Botanical Garden
Tarikh: 30 April 2011
"Talent" Cilik: Yamin

Terima kasih buat Farah Hamizan & suaminya utk shot anak mereka yg comel. 

Agak-agak lah, apa yg difikirkan oleh Yamin masa aku point & shoot kat dia? Haha..siapa yg terer boleh jawab soalan ni.  Bukan senang nak buat shoot budak kecik yg tgh aktif & "happy" nih.  Anyway, aku suka kat dia sbb dia nampak happy bila aku point kamera aku kat dia. 

Penawar segala keresahan adalah anak2 - itulah ungkapan yg sewajarnya.  Bagi mereka yg baru mendirikan rumahtangga, aku yakin, perkara paling besar dalam hidup mereka adalah menunggu hadirnya ahli baru dalam keluarga.  Debaran bukan kepalang.  Bila dah lahir, gembira tidak terkira.  Setiap detik, kita menilai dan merakam setiap memori terindah bersama dia sepanjang tempoh pembesaran.


Satu perkara paling besar dalam hidup kita, utk membentuk mereka menjadi manusia spt yg disyariatkan dlm Islam & sudah pasti spt yg dikehendaki Allah s.w.t. 

Dlm golongan manakah mereka akan berada, keputusannya adalah ditangan ibubapa & atas kehendak Allah s.w.t. 

Aku sentiasa ingat dgn kata2 sahabat2 aku ditempat kerja; pendidikan anak itu amat penting.  Kejayaan ibubapa bukan dinilai sama ada mereka mampu menjadikan anak mereka seorang doktor, peguam, tuan majistret maupun ahli parlimen atau perdana menteri sekalipun; kejayaan mereka adalah sejauhmana mereka mampu memperkenalkan Allah s.w.t kepada anak mereka; justeru mendekatkan anak mereka kpd Yang Maha Esa.

Sama ada kita sedar atau tidak, kelebihan utk menjadikan anak itu tahfiz Al-Quran adalah pelaburan yg paling lumayan sekali (Saham terbesar di akhirat kelak).  Seorang anak yg hafal Al-Quran, diberikan kelebihan utk memberi syafaat kpd ibubapanya diakhirat nanti.   
 Antara riwayat-riwayat hadith berkenaan ibubapa yg akan mendapat kelebihan jika anak mereka tahfiz Al-Quran:
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
"Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini". (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
Daripada riwayat Muslim pula;
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
Sesungguhnya, selayaknya seorang pemimpin kepada satu kaum apabila mereka seorang yg bertaqwa kepada Allah s.w.t dan mereka itu dikalangan org yg paling banyak hafalannya.  Bukan Sarjana, maupun sarjana muda maupun Doktor Falsafah yg melayakkan seseorang itu memimpin masyarakat serta kaumnya, tetapi brp banyak hafalan Al-Quran yg menjadi kelayakan utama.
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
Panjang pulak cerita aku kali ni.  Apa2 pun, sempena bulan Ramadhan yg mulia disisi Allah  ini, aku berdoa, Yamin, anak aku sendiri (Fathul) & ramai lagi generasi anak2 pewaris agama & bangsa akan dijadikan tetamu utama Allah s.w.t diakhirat kelak.  Dan aku berharap, mereka tidak lupa akan ibubapa mereka setelah menjadi tetamu penting Allah s.w.t nanti.  Wallahuallam.

Aku berdoa semoga sama2 kita ditunjukkan jalan yg benar. 

Selamat Bersahur.

Sunday, August 7, 2011

Lakaran Potret | Efa

Efa
Tarikh: 29 Mei 2011(foto yg dh lama duduk dlm simpanan ..haha..)
Lokasi: Teluk Bahang, Pulau Pinang

Sigma 70-200mm f2.8 II
Photo Enhance: Lightroom

Tajuk post ni tak payah layan sangat... saja nak bagi meleleh sikit...yg penting foto2 kat bawah ni je.  Aku tak idea pun nak karang apa, tp bukan tak reti nak karang tau.

Sesi spontan semasa shoot outdoor Arafat & Farah.  Sepatutnya dah lama aku terbitkan dlm blog ni, mungkin faktor sibuk kt tempat kerja (sibuk ke) sehingga aku lupa up-load kt blog.  Tak boleh lagi lah nak menandingi otai2 diluar sana, tp aku cukup berpuas hati dgn foto2 ni... antara favourite...

Efa ni pendiam tapi pandai beraksi kt depan kamera.  Anyway, thanks to Efa; setia menemani abgnya disepanjang sesi outdoor.