Tuesday, August 9, 2011

Generasi Pewaris | Yamin

Lokasi: Botanical Garden
Tarikh: 30 April 2011
"Talent" Cilik: Yamin

Terima kasih buat Farah Hamizan & suaminya utk shot anak mereka yg comel. 

Agak-agak lah, apa yg difikirkan oleh Yamin masa aku point & shoot kat dia? Haha..siapa yg terer boleh jawab soalan ni.  Bukan senang nak buat shoot budak kecik yg tgh aktif & "happy" nih.  Anyway, aku suka kat dia sbb dia nampak happy bila aku point kamera aku kat dia. 

Penawar segala keresahan adalah anak2 - itulah ungkapan yg sewajarnya.  Bagi mereka yg baru mendirikan rumahtangga, aku yakin, perkara paling besar dalam hidup mereka adalah menunggu hadirnya ahli baru dalam keluarga.  Debaran bukan kepalang.  Bila dah lahir, gembira tidak terkira.  Setiap detik, kita menilai dan merakam setiap memori terindah bersama dia sepanjang tempoh pembesaran.


Satu perkara paling besar dalam hidup kita, utk membentuk mereka menjadi manusia spt yg disyariatkan dlm Islam & sudah pasti spt yg dikehendaki Allah s.w.t. 

Dlm golongan manakah mereka akan berada, keputusannya adalah ditangan ibubapa & atas kehendak Allah s.w.t. 

Aku sentiasa ingat dgn kata2 sahabat2 aku ditempat kerja; pendidikan anak itu amat penting.  Kejayaan ibubapa bukan dinilai sama ada mereka mampu menjadikan anak mereka seorang doktor, peguam, tuan majistret maupun ahli parlimen atau perdana menteri sekalipun; kejayaan mereka adalah sejauhmana mereka mampu memperkenalkan Allah s.w.t kepada anak mereka; justeru mendekatkan anak mereka kpd Yang Maha Esa.

Sama ada kita sedar atau tidak, kelebihan utk menjadikan anak itu tahfiz Al-Quran adalah pelaburan yg paling lumayan sekali (Saham terbesar di akhirat kelak).  Seorang anak yg hafal Al-Quran, diberikan kelebihan utk memberi syafaat kpd ibubapanya diakhirat nanti.   
 Antara riwayat-riwayat hadith berkenaan ibubapa yg akan mendapat kelebihan jika anak mereka tahfiz Al-Quran:
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
"Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini". (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
Daripada riwayat Muslim pula;
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
Sesungguhnya, selayaknya seorang pemimpin kepada satu kaum apabila mereka seorang yg bertaqwa kepada Allah s.w.t dan mereka itu dikalangan org yg paling banyak hafalannya.  Bukan Sarjana, maupun sarjana muda maupun Doktor Falsafah yg melayakkan seseorang itu memimpin masyarakat serta kaumnya, tetapi brp banyak hafalan Al-Quran yg menjadi kelayakan utama.
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
Panjang pulak cerita aku kali ni.  Apa2 pun, sempena bulan Ramadhan yg mulia disisi Allah  ini, aku berdoa, Yamin, anak aku sendiri (Fathul) & ramai lagi generasi anak2 pewaris agama & bangsa akan dijadikan tetamu utama Allah s.w.t diakhirat kelak.  Dan aku berharap, mereka tidak lupa akan ibubapa mereka setelah menjadi tetamu penting Allah s.w.t nanti.  Wallahuallam.

Aku berdoa semoga sama2 kita ditunjukkan jalan yg benar. 

Selamat Bersahur.

No comments:

Post a Comment