Thursday, September 23, 2010

Pulau Pinang | Bandar Warisan (Bahagian 1)



Lokasi: Tempat yang menjadi tarikan utama di Pulau Pinang
Tarikh: Sekitar 24 hingga 26 September 2010


Pulau Pinang - Foto dirakam dgn Nikon D90, diberi sedikit sentuhan CS4.  Walaupun tak sehebat karya-karya orang lama dalam bidang ini, tapi ini merupakan salah satu langkah penting untuk aku mengasah bakat dalam bidang fotografi.  Aku masih lagi perlukan tunjuk ajar para "profesional" di luar sana.

Apa kata kita imbas kembali serba sedikit tentang sejarah Pulau Pinang.  Bercerita tentang Pulau Pinang; tanah milik Kerajaan Kedah (Sultan Muhammad Jiwa) pada permulaannya, telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur British pada tahun 1786 sebagai tukar ganti dengan perlindungan pihak British ke atas Kerajaan Kedah daripada serangan Kerajaan Siam pada masa itu. 

Apabila Francis Light mengambil alih Pulau ini, dia telah menamakan Pulau ini sebagai Pulau Prince Of Wales (Raja Muda England) pada tarikh 11 Ogos 1786.  Dan penempatan di Daerah Tanjung Penaigre telah dinamakan sebagai Georgetown, sempena nama Raja George III  dari Britain.  Dengan itu, melekatlah nama Georgetown sehingga sekarang.  Selalunya orang tempatan akan memanggil nama Georgetown sebagai Tanjung, sebab sebelum nama Georgetown, tempat ini adalah kawasan penempatan Tanjung Penaigre. 

Pada tahun 1826, Pulau Pinang telah digabungkan dengan Melaka & Singapura dan terbentuklah negeri-negeri Selat yang merupakan jaringan pelabuhan-pelabuhan penting di kawasan Asia Tenggara.

Francis Light - seorang pelayar berpangkat Kapten, adakah dia yang mengasas Pulau Pinang? Atau dia merampasnya dari Sultan Muhammad Jiwa?  Secara teknikalnya, dia adalah perampas disebabkan kegagalan Syarikat Hindia Timur Inggeris memberi perlindungan dari serangan Siam seperti yang telah dijanjikan.  Jadi, Sultan Muhammad Jiwa telah cuba merampas kembali Pulau Pinang daripada Francis Light, tetapi gagal.  Dengan itu, secara rasminya Pulau Pinang telah jatuh ke tangan Inggeris.

Semasa buat "shot" gambar-gambar ini, aku cuba bayangkan macam manakah keadaan Pulau ini ketika zaman pemerintahan Sultan Muhamad Jiwa. 

Mungkin dalam "post-post" aku yang akan datang, aku akan "up-load" lebih banyak foto-foto yang lebih menarik berkenaan dengan Pulau Mutiara ini.  Insyaallah aku akan "up-load".

Salam...





Masjid Terapung yang terletak di Batu Ferringhi Pulau Pinang merupakan salah satu tarikan utama.

Teknik editing: Photomatix (HDR | Tone Mapping) yang diberi sentuhan CS4.



























No comments:

Post a Comment